Wednesday 7 June 2017

Review: AirBnb Zoe di Akihabara, Jepun


Assalamualaikum semua,

Kalini kita nak cerita sedikit pengalaman mencari penginapan di Tokyo, Jepun. Alkisahnya, trip ke Jepun ni tak macam trip-trip sebelum ni di mana kita buat kajian dan pencarian maklumat berbulan-bulan sebelum pergi. Tapi sebaliknya trip ni agak tergesa-gesa. Dalam masa sebulan dua je decide pergi then cari beli tiket, cari penginapan, acah-acah wat itinerary bagai.

One thing yang kita perasan masa buat budget, itinerary dan cari penginapan, kos dan belanja di Jepun sangat-sangatlah mahal berbanding di negara-negara yang kita pernah pergi sebelum ini. Tu tak kisah lagi. Yang lebih menghairankan, hotel dan katil kat Jepun semuanya cenonet cenonet dan mahal. Kalau kat Korea dengan harga tu dah boleh dapat bilik luas dan cosy dah. Tapi kat Jepun, kita sampai naik hairan, betul ke bilik hotel tu boleh muat 2 orang. Sebab katilnya kecik ya ampun. Macam muat seorang je.

Jadinya, kita dalam masa sebulan dua tu dah book hotel ni kensel, pastu book hotel tu, pastu kensel lagi. Semuanya sebab takde dalam budget yang diperuntukkan, takde pun hotel yang besar, selesa, meyakinkan dan lokasinya convenient. Kira nak dapat yang pakej all in tu memang susahlah.

Last-last fikir punya fikir, kita decide untuk tido AirBnb lagi jelah. Tapi masa tu dah last minute sangat. Susahlah nak cari yang murah, best, strategik dan selesa. Lagipun kalau booking guna booking.com tu leh men kensel-kensel. Kalau Airbnb kan kena bayar terus, rasa sakitnya di situu terus.

Kalau nak dibandingkan dengan Korea, AirBnb kat Jepun pun kurang menarik sebab mostly Airbnb kat Jepun ni macam rumah standard Jepun, berkonsepkan simplicity eh! Simplistik. Jadi diorang mostly tido atas tatami ngan tilam Jepun tu ha. Tapi kita memang jenis ngengada n manja. Mesti nak kena tido atas katil. Yelah. Alangkan kat Malaysia yang kita drive je ke sana sini pun kita tido dengan selesa atas katil, apa lagi kalau jalan kaki sehari beribu-ribu batu waktu travel? Haruslah kena tido dengan selesa. Kita bayar mahal tau nak pi travel, takkanlah nak bangun sakit-sakit badan pastu takde mood nak p jalan-jalan plak kannnnn...

Biasalah.. Bila usia dah berumor ni, kakak tak sanggup menyeksa diri. Kita punya travel style memang jenis santai dan relaks jek. Bukan apa, kakak pergi bercuti sebab nak gembira, nak relaks, nak enjoy. Bukannya nak dera diri.

Ha, berbalik kepada cerita asal. So oleh kerana semua penginapan mahal nak mampos. Kita pun merisikokan diri ambil bilik diskaun yang tak pernah diduduk orang. Biasalah, kat Airbnb ni, review previous tenant sangat-sangatlah dititikberatkan. Orang nak yang credible aka boleh dipercayai. So biasa akan amik komen helok-helok jek. Tapi oleh kerana kakak kemut, nak jimat tapi nak selesa, terpaksalah akak amik risiko apartment yang tak pernah disewakan lagi. Owner bagi diskaun kelas di mana kakak kenalah tulis review untuk apartment dia nanti. Baiklah, demi penjimatan kakak sanggup.

Zas.... Jom kita tengok apakah rupa apartment Zoe ini....


Cantik tak? Mestilah cantik. Kita ada taste tauuuu....











Ni pocket wifi. Macam tamaguchi plak kita rasa. Macam pager pun ada










Drug store ala-ala Watson Guardian. Ni tax free nok


Secara kesimpulannya, kita suka Apartment Zoe ni sebab:

i. Lokasi strategik, dekat dengan 3 stesen iaitu Kanda, Akihabara dan Iwamotocho. Semuanya line berbeza. Semuanya walking distance jekkkk

ii. Dekat dengan pelbagai kemudahan. Drug store, 7-Eleven,  Family Mart, Akihabara electronic city. Kat sini juga ada tempat jual souvenir halal. Oh, kalau lapo, keluar dari Akihabara stesen tu, belok kiri on the way balik Apartment, ada jual kebab halal. So kalau lapo sangat and malas nak cari makanan halal, makan jelah kebab

iii. Walaupun dekat dengan Akihabara, tapi apartment Zoe ni tenang sunyi dan tenang saja. Memang mendamaikan.

iv. Ada washer machine. Kakak p memana memang kena ada washer machine sebab balik rumah nanti senang. Takyah basuh berbakul-bakul baju. And lagipun boleh lah travel light. Baju bawak sehelai dua jek. Pastu basuh and recycle pakai.

v. Jamban 2-in-1 dia aka sambil flush sambil cuci tangan tu best. Kih kih kih. Anda ada water bidet ngan pelapik jamban yang warm giler. So takdelah rasa sejuk je punggung setiap kali nak membuang

vi. Ada tempat masak. Weee. Dengan peti ais sekali.

vii. Ni penting. Ada pocket wifi. So kita tak beli pun data plan or simcard Jepun. Pakai poket wifi jek.

viii. Akaun Airbnb untuk apartment Zoe ni dikendalikan oleh Zoe dan ejen yang dia upah. So memang laju je diorang jawab. Pastu sebelum mai, diorang siap bagi satu manual siap-siap cemana nak p rumah diorang nak p situ nak p sini. So takdelah korang kena beli simcard semata-mata nak cari arah tuju p rumah diorang.

ix. Takyah jumpa owner sebab diorang pakai self check-in jek. Kat manual ada tulis camner nak self check in.

x. Ada massager khas untuk kaki dan bahu. Memang prihatin tol owner ni. Huhuhu...Tau-tau je guset dia mesti kepenatan dan perlukan massage.


Oh ya, kalau korang stakat solo traveler or berdua, tempat ni memang sesuai. Tapi kalau ramai-ramai tu memang tak disarankan sangat neh.... Sebab memang agak kecik. Tapi selesa sebab semuanya lengkap.

Oleh kerana kita dah peram dua bulan sebelum tulis post ni, So dah tak hengat dah apa lagi yang exciting kat sini. Kalau ada and ingat nanti kita tambah balik...

Oh, kalau korang berminat nak dok sini untuk trip to Tokyo, Japan korang, inilah linknya:

https://www.airbnb.com/rooms/17609458

Huhu...Di situ, korang akan nampak komen hakak adalah komen pertama. Di mana akaklah guest pertama yang bertuah dapat diskaun tu kerana berjaya menjadi manusa pertama merasmikan Airbnb Zoe.


Da~~~



Baca juga:
Percutian Pendek di Amverton Cove, Pulau Carey
Percutian Pendek di Hotel De Art USJ 21 Subang
Review: The Banjaran Hotsprings, Ipoh
Review: W Hotel Bali, Seminyak
Percutian Pendek ke Sekinchan
Percutian ke Chengdu 1: Sediakan Visa Ke Cina
Percutian ke Chengdu 2: Tempat-tempat menarik
Percutian ke Chengdu 3: Tips Melancong ke Chengdu dan Negara Cina
Percutian ke Taichung, Taiwan
Pengalaman Manis di Fujisan, Jepun
Tips Cari Makanan Halal di Jepun
Pengalaman ke Anime Japan 2017
Pengalaman Pertama Menginap AirBnb di Korea
Rancang Percutian Dengan Lebih Mudah Dengan Traveloka
Percutian ke SEEngapore dengan Promosi Traveloka

4 comments:

  1. Subhanallah cantiknya kak tempat tu. Untung sangat turun2 dari apartment terus boleh cuci mata. Yang part harga tu setuju sangat harga kat Jepun mahal sampai terkemut2 nak shopping. Tapi kalau kedai budget, best jugak banyak barang terpakai yang masih berkualiti dengan harga mampu milik boleh dicari.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah cantiknya kak tempat tu. Untung sangat turun2 dari apartment terus boleh cuci mata. Yang part harga tu setuju sangat harga kat Jepun mahal sampai terkemut2 nak shopping. Tapi kalau kedai budget, best jugak banyak barang terpakai yang masih berkualiti dengan harga mampu milik boleh dicari.

    ReplyDelete
  3. Airbnb was presently viewed as the biggest distributed friendliness administration since its origination in 2008. This stage has been doing the old things by attempting the new ways. Click Here

    ReplyDelete
  4. With the rising costs of airfare and accommodations, travelers have to use every resource they can to cut travel costs. airbnb twain harte

    ReplyDelete